Saturday, December 5, 2015

Perang Rusia Vs Amerika, NATO, Kian Jadi Nyata

Perang Rusia Vs Amerika, NATO, Kian Jadi Nyata



 kepala peledak nuklear Rusia


Kita semua tidak mahu perang terjadi, namun akibat ketamakan sesetengah pemimpin kuasa-kuasa besar dunia yang ego dan haus dengan kekuasaan serta pengaruh, maka kini sudah kelihatan adanya benih-benih perang dunia. Pelbagai spekulasi tentang akan terjadinya perang dunia sudah mula meniti dibibir-bibir penduduk dunia.


Perebutan kuasa dan pengaruh antara dua kuasa besar dunia, Rusia dan Amerika Syarikat mendekatkan lagi dunia ke jurang perang terbesar di abad ke-21 atau lebih dikenali sebagai World War III (WWIII).


Sejak krisis di Ukraine dan Crimea bermula, Rusia terus menunjukkan kekuatan tenteranya , baik di sempadan Ukraine dan di dalam wilayah Crimea sebagai sokongan terhadap wilayah yang baru saja melepaskan diri dari Ukraine itu.


Di sisi lain, Amerika Syarikat dan negara-negara NATO serta Kesatuan Eropah secara terang-terangan menyokong Ukraine dengan mengecam referendum Crimea dan merancang sekatan untuk Rusia. Kekuatan tentera NATO, terutama negara-negara anggota yang bersempadan dengan Ukraine terus diperkukuhkan.


Kemudian terjadi pula serangan di Paris yang mengorbankan ramai orang awam, pelaku serangan itu dikaitkan dengan ISIS menyebabkan kuasa-kuasa besar menggiatkan campur tangan di Syria. Sebagaimana Libya dan Iraq, Syria adalah lubuk minyak terbesar dunia. Rejim yang berkuasa di Syria sekarang merupakan sekutu blok Rusia/Iran/China. Secara tidak langsung sumber minyak Syria dikuasai oleh blok-blok Rusia/Iran/China. Campur tangan Amerika/NATO di Syria merupakan tindakan mengganggu sumber-sumber strategik blok Rusia.


Baru-baru ini pula, tentera Turki yang juga merupakan ahli NATO telah menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Sukhoi 24 milik Rusia yang dikatakan telah menceroboh ruang udara Turki pada 24 November 2015.


Ekoran kejadian itu, hubungan antara Turki dan Rusia menjadi tegang sehingga Rusia memutuskan hubungan diplomasi dengan Turki. Rusia juga merancang untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan Turki. Apa yang lebih dibimbangi adakah Rusia akan menyerang Turki?


Namun mengikut perjanjian NATO, jika salah satu daripada negara-negara NATO terlibat dengan perang , Amerika Syarikat dan sekutu harus campur tangan. Ini akan memburukkan lagi keadaan kerana pertembungan dua kuasa besar ini bakal berlaku jika Rusia benar ingin menyerang Turki.


Memetik dari lensaindonesia.com, meskipun sejak Perang Dingin perlucutan senjata strategik mulai dilakukan, saat ini Amerika Syarikat dan Rusia masih mempunyai ribuan kepala peledak nuklear siap pakai. Pelbagai data menyebut, Amerika Syarikat masih mempunyai persediaan peluru berpandu balistik antara benua ( ICBM ) sebanyak 448 buah yang masih mengarah ke wilayah Rusia .

Amerika Syarikat diperkirakan masih mempunyai 7,700 buah peledak, termasuk 1,950 kepala peledak yang boleh dilancarkan melalui ICBM, kapal selam , dan pesawat udara.


Sementara itu, Russia dianggarkan mempunyai 8,500 peledak pelbagai jenis, tetapi hanya kira-kira 1,800 buah yang siap pakai. Rusia dianggarkan mempunyai 845,000 anggota tentera aktif dengan kira-kira 2.5 juta anggota tentera simpanan. Selain itu Rusia kini dikenali sebagai pengeluar senjata perang dan pesawat udara tercanggih didunia.


Kekuatan Rusia juga tidak boleh lagi dipandang mudah kerana Rusia juga mempunyai sekutu kuat seperti China dan lain-lain negara yang turut bersekutu dengannya. Krisis di Laut China Selatan juga membuatkan hubungan antara China dan Amerika menjadi tegang kerana China tetap berkeras ingin membesarkan kawasan takluknya di Laut China Selatan.


Amerika Syarikat kini mempunyai 1.4 juta anggota tentera aktif dan 850,000 kakitangan simpanan. Namun , Amerika Syarikat tak boleh mengerahkan semuanya ke Rusia . Sebahagian perlu menjaga 598 pengkalan tentera Amerika Syarikat dan sebahagian lain harus bersiaga di dalam negara.


Rusia mempunyai kelebihan kerana Armada Laut Hitam berpangkalan di Sevastopol, tetapi NATO dan Amerika Syarikat mempunyai keunggulan di udara, keupayaan radar yang lebih baik , peluru berpandu , dan peralatan perang elektronik .


Jika Perang Dunia I menewaskan 40 juta orang, Perang Dunia II mengakibatkan 85 juta orang kehilangan nyawa, maka perang nuklear antara Amerika Syarikat dan Rusia ini akan menelan korban jauh lebih besar.


Kini, kita jelas dapat melihat kuasa-kuasa dunia mula tertumpu di Syria. Adakah saatnya sudah hampir tiba?


Jika perperangan benar-benar terjadi, bukan soal siapa menang atau siapa kalah yang menjadi persoalan, yang pastinya turut akan mengorbankan jutaan mangsa yang tidak berdosa. Semoga dunia ini kekal aman dan dijauhkan dari perperangan. PEACE NO WAR!

2 comments:

  1. Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours

    Well over 160000 men and women are utilizing a simple and secret "liquid hack" to drop 2 lbs each and every night while they sleep.

    It's easy and works every time.

    Here are the easy steps for this hack:

    1) Go grab a clear glass and fill it up with water half glass

    2) And then learn this weight losing hack

    and you'll be 2 lbs thinner the very next day!

    ReplyDelete
  2. Do you realize there's a 12 word phrase you can communicate to your man... that will trigger deep feelings of love and impulsive appeal for you deep inside his chest?

    Because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, adore and look after you with his entire heart...

    12 Words Who Trigger A Man's Desire Response

    This instinct is so built-in to a man's brain that it will make him work better than ever before to build your relationship stronger.

    In fact, fueling this dominant instinct is absolutely important to having the best possible relationship with your man that once you send your man a "Secret Signal"...

    ...You'll immediately find him open his heart and mind to you in such a way he haven't experienced before and he'll perceive you as the only woman in the world who has ever truly fascinated him.

    ReplyDelete