Saya Mangsa Identity Theft!!!!
Saya menjadi mangsa identity theft!!
Tanpa pengetahuan saya pada tahun 2003 si culprit ni telah menggunakan nama saya, no. IC saya dan alamat kediaman rumah lama di Selangor yg saya tinggalkan sejak 1997 (sejak 1997 duduk kat rumah lain di Selangor) untuk membuat pinjaman kereta daripada sebuah bank yg cukup terkenal di M'sia.
Pinjaman ini dibuat menggunakan butir2 peribadi diatas, tapi menyertakan pay slip tipu. Utk pengetahuan kengkawan sekelian, saya telah berpindah dan menetap di Penang since 1998 sehinggalah ke hari ini. Saya bekerja di sebuah company ni dr 1998 ~ 2002 di Seberang Prai dan 2002 ~ kini di Penang(pulau).
Menurut payslip tipu itu (ini hasil dari carian maklumat saya)..., Pada tahun tersebut 2003, saya bekerja di PJ sebuah comp. yg tah hapa nama dgn jawatan dan gaji yg agak lumayan..
Mestilah lumayan sbb pada tahun 2000, saya sendiri telah membuat loan utk kereta saya sekarang yg berharga lebih RM37K. Dgn gaji yg kecil, saya TIDAK MUNGKIN MAMPU buat loan utk kereta kedua pd tahun 2003..apa lagi kereta kedua ini lebih mahal dari kereta yg saya ada sekarang..
Tapi pihak peguam bank tidak mahu melepaskan dokumen pinjaman itu untuk saya semak segala butir esp TANDA TANGAN yg digunakan....sehingga saya membawa lawyer saya berjumpa dgn mereka..
What a F....... Saya tidak bersalah...Bank cuai dalam meluluskan pinjaman, Saya yg nak kena tanggung khidmat guaman????
Cerita mengenai pemalsuan identiti ini cuma diketahui oleh saya tiga hari sudah apabilamenerima NOTIS KEBANKRAPAN dari mahkamah Tinggi...
Saya telah menghubungi pihak bank dan peguam bank di KL..Wpun, polis report telah saya buat dan menyatakan saya tak bersalah...Pihak bank tidak mahu menarik balik notis bangkrap yg dikeluarkan ke atas nama saya...
Pihak bank dan peguam...memaksa saya yg teraniaya ini mengeluarkan duit yg makan ribu riban utk hire seorang lawyer..mengenepikan notis bangkrap tersebut
How come sebuah bank ternama begitu mudah utk ditipu...
Bagaimana saya nak settle kes ini tanpa peguam...bukan murah..silap 15K saya nak kena keluar duit for NOTHING...for somebody mistakes..(bank)
SECOND UPDATE:
Terima kasih..Dan sorry bebanyak kerana lama tak update..
Nasib badan...Tu je lah yg mampu saya perkatakan setakat ini..
Saya menggunakan khidmat guaman yg baisa mengendalikan kes2 begini..
Since kejadian..peguam saya telah menfailakn afadavit pertama..
Tetapi HILANG kat pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi KL...
Takpe , peguam saya subit kali kedua..
Balasan yg diterima sehingga Nov 2008, HILANG JUGAK...
Peguam saya rasa tak sedap hati dan pergi sendiri ke Mahkamah Tinggi KL utk cari fail yg dikatakan hilang..
Setakat ni, kes tak jalan lagi..Tapi duit dah hangus dekat RM5 K...
THIRD UPDATE
Nak update la ni..
Sbb tak byk yg belaku dlm tahun ni...ASYIK HILANG FAIL cam s**l
Lawyer kena turun dua kali cari fail.. Saya hired lawyer dr Penang..setiap kali turun..kena RM1000 dia punye expenses.. Takpelah, lawyer yg bagus charge yg mahal...
Dui kali cari fail...kali kedua baru jumpa..
Hari ni "hearing" bermula utk mebahaskan afadavit masing2 tertuduh dan pihak menuduh..
Best part, pihak menuduh tidak menfailkan afadavit mereka...which means ..depa tidak menidakkan fakta daripada afadavit kami...
BUT...UNFORTUNATELY......sungguh...
Judge tak hadir utk hearing tu hari ni.... Cam harem...RM1000 dah terbang...bye2...Nothing happened ...Case postpone next date..
Another worst thing will happen...masa postpone ini memberi ruang dan masa bg pihak menuduh menfailkan afadavit saya..
Malangkan...
But..aku kena fight..sbb jumlah loan tu bukan sikit tapi 60K+++++ ..Takkan nak bayar??????
Korang tolong lah doa kan aku berjaya dalam kes ni..dan berjaya membuat tuntutan ganti rugi..
Kalau ada pandangan dan nasihat apa yg patut saya buat...AMATLAH DIALUKAN..
Terima kasih kerana mendengar masalah saya ni..
Ingat jagalah identity anda..(IC , parsport, lesen)